Wednesday, January 13, 2016

MEX Seri Kembangan Interchange Now Operational













Maju Expressway (MEX) has announced that it began operations at the Seri Kembangan interchange (Exit 2004) yesterday, January 13. Toll payment is via Electronic Toll Collection (ETC) using Touch ‘n Go cards and SmartTAGs.
The toll rates are RM2.20 for Class 1 vehicles (with two axles and three or four wheels, except taxis and buses), RM4.40 for Class 2 vehicles (with two axles and six wheels, except buses) and RM6.60 for Class 3 vehicles (with three axles or more, except buses).
The rate for Class 4 vehicles (taxis) is RM1.10, while that for Class 5 vehicles (buses) is RM2.20.
The Seri Kembangan interchange provides access from MEX to Seri Kembangan, Serdang, Puchong and Universiti Putra Malaysia (UPM).

Source: http://paultan.org/2016/01/14/mex-seri-kembangan-interchange-now-operational/

Kerajaan Pusat Lulus RM20 juta untuk Klinik Kesihatan Batu 14














PUCHONG – Kesesakan di Klinik Kesihatan Batu 14, di sini bakal diatasi apabila kerajaan pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi pembinaan semula kemudahan itu.
Ketua MCA Bahagian Puchong, Datuk Wong Hock Aun berkata, projek kini memasuki fasa tender dan ia diiklankan secara terbuka di akhbar pada 23 November tahun lalu.
Projek dijangka bermula pada akhir Januari ini dan siap sepenuhnya pada Januari 2018 dengan tempoh pembinaan mengambil masa 24 bulan.
“Dengan pembinaan semula klinik, dijangka dapat mencapai matlamat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselesaan kepada pesakit terutama penduduk yang berpendapatan rendah,” katanya.
Ketika ini beliau berkata, penduduk Puchong yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan kerajaan boleh ke Klinik Kesihatan Batu 6 ½ Puchong, Klinik Desa Batu 13, Puchong dan Klinik Kesihatan Batu 14 selain mendapat perkhidmatan daripada Hospital Serdang.
“Kami gembira projek di tanah seluas dua hektar dapat diluluskan kerajaan untuk keselesaan rakyat,” katanya.
Kemudahan itu katanya, bagi menampung jumlah penduduk Puchong yang dianggarkan berjumlah hampir 400,000 orang ketika ini.
Sementara itu, Pengerusi Tetap MCA Bahagian Puchong, Datuk Yap Pian Hon berkata, permohonan bagi menaiktaraf klinik bermula pada 2004.
Klinik tersebut wujud sejak 1970-an bagi menampung keperluan penduduk ketika itu yang berjumlah kira-kira 30,000 orang.
"Pada mulanya klinik itu hanya memberi khidmat untuk kanak-kanak dan wanita hamil sebelum perkhidmatan pergigian ditawarkan kepada penduduk.
“Pembangunan pesat di Puchong menyebabkan kita memohon supaya kemudahan ini dinaik taraf,” katanya.
Menurutnya, kementerian memberi maklumbalas cadangan membina semula bangunan klinik tersenarai di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dalam satu surat bertarikh 6 Disember tahun lalu.
“Projek akan dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dilantik sebagai agensi pelaksana oleh pihak Kementerian Kesihatan.
"Pembinaan klinik kesihatan jenis tiga ini tidak melibatkan bangunan sedia ada, ia akan beroperasi seperti biasa,” katanya.

Source: http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kerajaan-pusat-lulus-rm20-juta-1.471119