Sunday, November 13, 2011

Accident @ Tasik Prima 13/11/2011

Dihanyut Arus Deras

PUCHONG: Seorang pekerja syarikat pembersihan sampah mati lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika membersihkan longkang besar yang tersumbat dengan sampah-sarap di Taman Tasik Prima, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang, namun mayat mangsa berusia 24 tahun dan berasal dari Myanmar ditemui di besi penghalang sampah oleh unit Skuba Bomba kira-kira jam 5.55 petang. 
Sebelum kejadian, orang awam menghubungi syarikat kontraktor pembersihan sampah untuk membersihkan longgokan sampah yang tersumbat di dalam longkang menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar disebabkan hujan lebat. 
Komander Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Jefri Amat berkata, syarikat berkenaan kemudian menghantar empat pekerja, termasuk mangsa untuk membersihkan longgokan sampah berkenaan bagi melancarkan pergerakan air mengalir terus ke sebuah tasik tidak jauh dari tempat kejadian. 
Beliau berkata, sewaktu kerja pembersihan sedang dijalankan, tiba-tiba air mengalir deras menyebabkan semua pekerja berkenaan lari menyelamatkan diri.

source: www.hmetro.com.my

1 comment:

Anonymous said...

Saw this too on last Sunday, poor guy RIP