Wednesday, June 30, 2010

EPF Opens Branch In Puchong On Monday 5 July 2010




KWSP Buka Cawangan Ke-63 Di Puchong
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka cawangan ke 63 di Puchong bagi memperluaskan perkhidmatannya untuk ahli dan majikan di Lembah Kelang mulai 5 Julai 2010.“Pembukaan cawangan baru di Puchong selaras dengan matlamat KWSP untuk lebih mendekati pelanggan dan memudahkan ahli serta majikan terutamanya yang tinggal di Puchong dan kawasan sekitarnya berurusan dengan KWSP,” kata Encik Nik Affendi Jaafar, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP.Antara perkhidmatan yang disediakan KWSP Puchong termasuk pendaftaran ahli dan majikan baru, menerima permohonan pengeluaran, menyedia dan menerima borang KWSP daripada pekerja dan majikan, membekalkan penyata kira-kira ahli, mengendalikan pertanyaan dan aduan serta memberikan khidmat nasihat mengenai perkhidmatan KWSP. Waktu operasi bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang, dari Isnin hingga Jumaat.
Cawangan baru ini terletak di No.19, Jalan Bandar Lapan Belas, Pusat Bandar Puchong, Selangor. (Near Tesco puchong)
KWSP Puchong boleh dihubungi melalui talian 03-8075 4747 atau faks 03-8076 9649. Untuk maklumat lanjut berhubung cawangan berkenaan, ahli boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau layari laman Pejabat KWSP.

1 comment:

improve search engine rankings said...

it's good to have epf branch somewhere near puchong